Friday 16 May 2014

FELCRA BERMASALAH


SADONG JAYA : GB sempat mendengar keluh kesah daripada beberapa orang pemilik tanah yang digunapakai oleh pihak FELCRA untuk penanaman sawit secara berkelompok. Apa yang GB dapat tahu berkenaan dengan pengagihan hasil sawit yang tidak dan belum pernah di buat oleh FELCRA. 
Bermula dari tahun penanaman pada 2005 hingga sekarang beberapa kelompok penanaman sawit belum ada nampak walau sebesar kuman hasil yang pernah diwar-warkan pada suatu ketika dahulu. Bahkan pihak FELCRA seringkali memberikan alasan belum ada UNTUNG yang dapat diagihkan kepada pihak yang empunya tanah. Keadaan ini membuatkan pihak berkaitan merasa ditipu dan timbul tidak kepuasan hati mereka sekaligus menimbulkan rasa tidak percaya kepada pihak FELCRA.

GB : Berterus terang lagi bagus

JAMBATAN VS FERI RUSAK

(sumber : mysarawak / 4 mei 2014)

SADONG JAYA : Jambatan Batang Sadong yang bakal mengubah landskap pembangunan dan ekonomi rakyat di kawasan luar bandar kini mencapai 40 peratus siap. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata, projek pembinaan jambatan itu berjalan lancar dan dijangka siap mengikut jadual. “Saya gembira melihat perkembangan terkini Jambatan Batang Sadong yang sudah mencapai 40 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Artikel penuh DI SINI 

GB : Namun pada yang sama, dalam meniti penantian selesainya pembinaan jambatan tersebut, berbagai keluhan daripada masyarakat terutamanya pengguna feri yang merupakan pengangkutan utama untuk ke seberang samada dari Sadong Jaya ke Sebuyau, Simunjan mahupun sebaliknya.

Ini kerana seringkalinya berlaku "mungkin kerosakan" yang berlaku pada feri tersebut hingga menjejaskan perkhidmatannya. Dua buah feri yang disediakan dengan kadar tambang RM1.00 untuk sebuah kenderaan jenis kereta sudah menjadi rutin permasalahan apabila perkhidmatannya menggunakan sebuah feri sahaja. Pelbagai lapisan rakyat samada penjawat awam, masyarakat berulang alik ke suatu tempat terpaksa menempuh berjam-jam untuk ke seberang. 

Apa yang menjadi keluhan ialah tiadanya pemberitahuan kepada awam tentang apabila sesuatu kerosakan yang TIBA-TIBA terjadi dan tiadanya pengawasan lalulintas apabila berlaku deretan kenderaan yang bersusun untuk masuk ke feri sehingga menyebabkan hilang timbang rasa antara pengguna kenderaan tersebut.


GB : banyak perkara boleh di atasi dengan baik. Mau tak mau sahaja

Sunday 13 April 2014

KANAK-KANAK PEREMPUAN MATI DIDERA

BATANG SADONG 11 April - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang tinggal bersama ibu saudaranya ditemukan mati, dipercayai didera oleh bapa saudaranya sendiri, malam semalam.

Mangsa diserahkan oleh ibunya kepada keluarga itu untuk penjagaan, kerana terpaksa bekerja di Serian.

Menurut Ketua Polis Daerah Simunjan, Choo Yin Kok, hasil siasatan mendapati mangsa yang belajar di prasekolah di Sekolah Kebangsaan Sageng, mengalami pendarahan di bahagian kemaluan dan gigitan di tangan.

“Kita menerima laporan daripada Hospital Simunjan berhubung kejadian itu pada pukul 9.45 malam.

“Berikutan itu, polis menahan lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pembantu am sekolah.

“Lelaki itu direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa akan dibedah siasat di Hospital Umum Sarawak, pada Ahad ini.

Wednesday 19 March 2014

SENARAI PROJEK PEMBANGUNAN RMK-10 BATANG SADONG


"Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Rancangan ini merencanakan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang dengan matlamat untuk menyampaikan hasil yang dihasratkan untuk semua rakyat. Rancangan ini menyediakan pentas bagi transformasi struktur utama yang diperlukan oleh ekonomi berpendapatan tinggi serta hala tuju dasar, strategi dan program baharu yang membolehkan negara tampil sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi..." PM DS Najib

Keperihatinan kerajaan pusat terhadap pembangunan tidaklah berbelah bagi. Namun segelintir masyarakat tidak mendapat sumber yang mencukupi untuk menilai sendiri perancangan yang telah dibuat berdasarkan rancangan malaysia setiap tahun. RMK 10 Batang Sadong DI SINI Tarikh Kemaskini : 30/3/2012



GRIFFITHS SAH SERTAI SARAWAK

Sudarsono menegaskan FAS tidak akan terburu-buru tambat pemain import baharu
Sumber : Borneo Post

KUCHING: Sarawak tidak akan terburu-buru mengambil pemain import baharu sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 23 Mac ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman memberitahu, persatuan akan memanfaatkan sepenuhnya tempoh tersebut untuk mencari pemain yang benar-benar berkualiti.
“Jendela perpindahan pemain adalah peluang terbaik kita untuk memperkuatkan skuad bagi menghadapi saingan Liga Super yang semakin kompetitif. Berita lanjut DI SINI

Saturday 15 March 2014

SEMINAR KERJAYA BATANG SADONG - NANCY SHUKRI

Remaja di negeri ini diminta tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka. YB Hajah Nancy Shukri menteri di JPM juga Ahli Dewan Rakyat Batang Sadong menyatakan demikian di Majlis Penutpan Seminar Kerjaya Batang Sadong semalam 15 Mac 2014 bertempat di SMK Sadong Jaya. Turut hadir bersama Mohamed Kamaluddin Mohamad Effendie setiausaha politik menteri, Hadiah amit pengetua SMK, En Teo Thuan Theng YDP PIBG, dan Sh Hasiah Pegawai Penerangan Daerah Samarahan.

Monday 10 March 2014

AIDEL TURUN PADANG

Keperihatinan seorang YB terserlah dengan tanggungjawab nya pada masyarakat. Ini jelas ketara telah ditonjolkan oleh wakil rakyat Sadong jaya, yang mana telah hadir menangguhkan mesyuarat agong sebuah sekolah rendah di kawasan tersebut.

Kehadiran yb pada program tersebut yang diadakan semalam 9hb februari bertempat di sekolah tersebut dapat sekaligus memberi ruang kepada semua yang hadir berjumpa dan berbincang tentang masalah masalah yang timbul.

GB - YB Aidel tidak asing lagi - peramah, humble, rilek2... semua best haha