Majlis Penyerahan BR1M 2014 bagi DUN 20 Sadong Jaya (Batang Sadong) telah dilaksanakan dengan sempurnanya oleh YB Ir Aidel Hj Lariwoo. Program telah dilangsungkan bertempat di Dewan Masyarakat Kpg Semera pada 6 Mac 2014.
Turut hadir pada program tersebut ialah Residen Bahagian Samarahan Tuan Abdul Rahman Sebli dan ketua-ketua jabatan kerajaan serta ketua-ketua masyarakat di kawasan tersebut.
GB - tak layak terima BR1M... huahuahuhauhauha..syukur alhamdulillah
6 MAC: Tempoh berkempen selama 12 hari bagi PRK DUN Balingian akhir bulan ini adalah mencukupi dan Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia untuk menghadapinya.
Baca Artikel Penuh Di SINI
“Akan muncul suatu kaum di akhir zaman, usia mereka
muda-muda, pikiran mereka bodoh-bodoh, mereka mengucapkan sebaik-baik ucapan
makhluk, tetapi keimanan mereka tidak melampaui tenggorokan, mereka keluar dari
agama sebagaimana anak panah yang keluar dari busur. Di mana pun kalian
menjumpai mereka, bunuhlah mereka, karena pembunuhan mereka itu berpahala pada
hari Kiamat bagi yang membunuh mereka. (HR. Bukhari (6930) Istabatul-Murtaddin
dan Muslim (1066) Az-Zakat)
Fitnah dan
tuduhan melulu sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam pemikiran ahli-ahli
Pakatan Rakyat. Ini amat bertepatan sekali dengan satu kenyataan dalam blog ( sila rujuk DISINI ) dengan tajuknya TAIB PILIH
KRONINYA ADENAN SATIM JADI PENGGANTI bertarikh 12 Februari 2014 merupakan
satu kenyataan yang sememangnya kenyataan seseorang yang tidak berfikiran
positif, tidak berpandangan jauh bahkan boleh dianggap sebagai seorang yang
tidak mampu menilai kredibiliti dan kemampuan seseorang.
Menurut BG, perlantikan Adenan sebagai pengganti Taib adalah merupakan satu keputusan yang tepat. Kalau kita mampu melihat sejarah politik Sarawak, secara ringkasnya dapat kita perhatikan iklim politik di Sarawak pada masa ini stabil, kuat dan harmoni. Ini dapat dilihat dengan adanya kerjasama dan kefahaman yang erat di kalangan pemimpin parti komponen kerajaan Sarawak sejak dari dulu lagi. Hubungan lama dan mesra antara berbagai-bagai kelompok etnik Sarawak telah menjadi unsur penting dalam memastikan kestabilan politik di negara ini yang mempunyai berbagai-bagai kaum. Tidak dinafikan walaupun terdalam masalah dalaman antara parti-parti komponen Barisan Nasional, kesemua ini dapat diatasi oleh para
individu dan parti berkait tanpa menjejaskan kekuatan dan kestabilan
parti gabungan. Menurut BG lagi, tuduhan dan tohmahan pihak berkaitan tentang perlantikan Ketua Menteri Baru Sarawak yang ke empat berhubungkait dengan kroni amatlah dikesali.
Politik Sarawak yang pada masa kini antaranya lebih mementingkan keharmonian pelbagai kaum amat sesuai dipimpin oleh pimpinan baru Adenan sekaligus memberi kesinambungan daripada pimpinan yang lepas. Beliau merupakan "orang lama" dalam politik Sarawak yang telah melalui dan memahami segala perit maung pasti mampu memimpin dan membangunkan Sarawak ke arah yang lebih maju dan pastinya melakarkan sejarah baru bagi Negeri Sarawak.
BG