Friday 16 May 2014

FELCRA BERMASALAH


SADONG JAYA : GB sempat mendengar keluh kesah daripada beberapa orang pemilik tanah yang digunapakai oleh pihak FELCRA untuk penanaman sawit secara berkelompok. Apa yang GB dapat tahu berkenaan dengan pengagihan hasil sawit yang tidak dan belum pernah di buat oleh FELCRA. 
Bermula dari tahun penanaman pada 2005 hingga sekarang beberapa kelompok penanaman sawit belum ada nampak walau sebesar kuman hasil yang pernah diwar-warkan pada suatu ketika dahulu. Bahkan pihak FELCRA seringkali memberikan alasan belum ada UNTUNG yang dapat diagihkan kepada pihak yang empunya tanah. Keadaan ini membuatkan pihak berkaitan merasa ditipu dan timbul tidak kepuasan hati mereka sekaligus menimbulkan rasa tidak percaya kepada pihak FELCRA.

GB : Berterus terang lagi bagus

JAMBATAN VS FERI RUSAK

(sumber : mysarawak / 4 mei 2014)

SADONG JAYA : Jambatan Batang Sadong yang bakal mengubah landskap pembangunan dan ekonomi rakyat di kawasan luar bandar kini mencapai 40 peratus siap. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata, projek pembinaan jambatan itu berjalan lancar dan dijangka siap mengikut jadual. “Saya gembira melihat perkembangan terkini Jambatan Batang Sadong yang sudah mencapai 40 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Artikel penuh DI SINI 

GB : Namun pada yang sama, dalam meniti penantian selesainya pembinaan jambatan tersebut, berbagai keluhan daripada masyarakat terutamanya pengguna feri yang merupakan pengangkutan utama untuk ke seberang samada dari Sadong Jaya ke Sebuyau, Simunjan mahupun sebaliknya.

Ini kerana seringkalinya berlaku "mungkin kerosakan" yang berlaku pada feri tersebut hingga menjejaskan perkhidmatannya. Dua buah feri yang disediakan dengan kadar tambang RM1.00 untuk sebuah kenderaan jenis kereta sudah menjadi rutin permasalahan apabila perkhidmatannya menggunakan sebuah feri sahaja. Pelbagai lapisan rakyat samada penjawat awam, masyarakat berulang alik ke suatu tempat terpaksa menempuh berjam-jam untuk ke seberang. 

Apa yang menjadi keluhan ialah tiadanya pemberitahuan kepada awam tentang apabila sesuatu kerosakan yang TIBA-TIBA terjadi dan tiadanya pengawasan lalulintas apabila berlaku deretan kenderaan yang bersusun untuk masuk ke feri sehingga menyebabkan hilang timbang rasa antara pengguna kenderaan tersebut.


GB : banyak perkara boleh di atasi dengan baik. Mau tak mau sahaja