Wednesday, 5 March 2014

TAN SRI ADENAN YANG TERBAIK!!!!



“Akan muncul suatu kaum di akhir zaman, usia mereka muda-muda, pikiran mereka bodoh-bodoh, mereka mengucapkan sebaik-baik ucapan makhluk, tetapi keimanan mereka tidak melampaui tenggorokan, mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah yang keluar dari busur. Di mana pun kalian menjumpai mereka, bunuhlah mereka, karena pembunuhan mereka itu berpahala pada hari Kiamat bagi yang membunuh mereka. (HR. Bukhari (6930) Istabatul-Murtaddin dan Muslim (1066) Az-Zakat)

Fitnah dan tuduhan melulu sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam pemikiran ahli-ahli Pakatan Rakyat. Ini amat bertepatan sekali dengan satu kenyataan dalam blog ( sila rujuk DISINI ) dengan tajuknya TAIB PILIH KRONINYA ADENAN SATIM JADI PENGGANTI bertarikh 12 Februari 2014 merupakan satu kenyataan yang sememangnya kenyataan seseorang yang tidak berfikiran positif, tidak berpandangan jauh bahkan boleh dianggap sebagai seorang yang tidak mampu menilai kredibiliti dan kemampuan seseorang. 


Menurut BG, perlantikan Adenan sebagai pengganti Taib adalah merupakan satu keputusan yang tepat. Kalau kita mampu melihat sejarah politik Sarawak, secara ringkasnya dapat kita perhatikan iklim politik di Sarawak pada masa ini stabil, kuat dan harmoni. Ini dapat dilihat dengan adanya kerjasama dan kefahaman yang erat di kalangan pemimpin parti komponen kerajaan Sarawak sejak dari dulu lagi. Hubungan lama dan mesra antara berbagai-bagai kelompok etnik Sarawak telah menjadi unsur penting dalam memastikan kestabilan politik di negara ini yang mempunyai berbagai-bagai kaum. Tidak dinafikan walaupun terdalam masalah dalaman antara parti-parti komponen Barisan Nasional, kesemua ini dapat diatasi oleh para individu dan parti berkait tanpa menjejaskan kekuatan dan kestabilan parti gabungan. Menurut BG lagi, tuduhan dan tohmahan pihak berkaitan tentang perlantikan Ketua Menteri Baru Sarawak yang ke empat berhubungkait dengan kroni amatlah dikesali.


Politik Sarawak yang  pada masa kini antaranya lebih mementingkan keharmonian pelbagai kaum amat sesuai dipimpin oleh pimpinan baru Adenan sekaligus memberi kesinambungan daripada pimpinan yang lepas. Beliau merupakan "orang lama" dalam politik Sarawak yang telah melalui dan memahami segala perit maung pasti mampu memimpin dan  membangunkan Sarawak ke arah yang lebih maju dan pastinya melakarkan sejarah baru bagi Negeri Sarawak.


BG


 

 


No comments:

Post a Comment